TERNYATA BIBIR PECAH-PECAH BUKAN KERANA KURANG MINUM SEMATA-MATA
SEBELUM TERLAMBAT!
ANDA HARUS BACA, JIKA TIDAK INGIN BIBIR PECAH-PECAH
1. Radang Mulut : Kurang Vitamin B2 Radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang dapat membantu penyembuhan luka. Vitamin B2 sangat penting peranannya untuk kesihatan kulit dan rambut, namun ia tidak boleh tersimpan di dalam tubuh dengan sendirinya sebab itu kita perlukan makanan yang bergizi atau supplements untuk melengkapinya. Sumber : Setiap hari setidaknya minum 250ml susu, makanan seperti cendawan, kacang tanah, bijan dan almond juga kaya akan vitamin B2. 2. Tubuh Lemah : Kurang Zinc Ciri-ciri : Sistem ketahanan tubuh menurun, kehilangan nafsu makan, pertumbuhan terbantut, rambut gugur, kurang deria rasa. Jika anda seringkali merasa tawar atau tidak berselera ketika makan dan luka di tubuh pulih dalam waktu yang lama, menandakan tubuh anda kekurangan zinc. Sumber : Daging lembu atau kambing kaya akan kandungan zinc, makan steak lembu seberat 8 ons seminggu sekali, maka kamu telah memenuhi kebutuhan zinc. 3. Penyakit Mata : Kurang Vitamin A Vitamin A bukan hanya faktor penting yang dapat menjaga kesihatan mata, namun ternyata juga penting bagi sistem pencernaan dan pernafasan. Vitamin A boleh mencegah bakteri atau virus yang membahayakan tubuh. Jika anda kekurangan vitamin A, selain kesan kepada mata anda, ia juga boleh membahayakan sistem pernafasan dan pencernaan.
Sumber : Setiap hari makan sedikit lobak atau makan hati haiwan 1-2 kali setiap minggu. 4. Emosi Terganggu : Kurang Zat Besi Kekurangan zat besi bukan saja menjadi penyebab anemia, namun juga boleh membuat emosi anda sangat tidak stabil dan mudah marah. Zat besi sangat penting untuk membantu tubuh anda menghasilkan sel darah merah, khusus bagi perempuan yang sedang datang bulan, zat besi sangat penting untuk menambah kesegaran tubuh dan mencegah emosi yang tidak stabil dan menyebabkan anda terus dalam keadaan down atau boring. Sumber : Daging merah seperti lembu atau kambing, telur ayam, kekacang, sayur hijau, selain itu anda juga harus memperbanyakkan penggunaan vitamin C yang baik untuk penyerapan zat besi.
5. Kaki Bengkak : Kurang Kalsium Kalsium sangat penting untuk mengatur keseimbangan darah dan air di dalam tubuh. Kekurangan kalsium dalam jangka panjang akan menyebabkan aritmia(jantung berdegup laju), konduksi saraf yang tidak normal, seperti ketika kamu kekurangan air setelah berolahraga. Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kamu mudah kejang, dalam jangka panjang boleh menyebabkan bahagian tubuh bengkak, terutama di bahagian kaki. Sumber : Anda boleh menambah kalsium dengan mengambil pisang setelah olahraga untuk mencegah kejang otot, makan buah-buahan dan sayuran juga boleh menambah kalsium kepada tubuh. 6. Badan Sengal/Sakit : Kurang vitamin D Orang yang kurang terkena sinar matahari dan kekurangan vitamin D akan lebih mudah mengalami sakit badan atau sengal. Vitamin D adalah nutrisi tubuh yang tidak dapat ditambah/dihasilkan, jadi sangat penting untuk memenuhi keperluaannya. Vitamin D juga penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Sumber : Pengambilan ikan 2 kali seminggu seperti salmon atau sardin, selain itu anda juga boleh berjemur di bawah sinar matahari di waktu pagi hari untuk menyeimbangkan vitamin D dalam tubuh.
Ternyata masih banyak lagi yang belum kita ketahui selama ini. Semoga info berguna ini dapat membantu meningkatkan kesihatan anda semua ya! Jangan lupa amalkan dan kongsikan kepada ahli keluarga dan juga rakan2 anda!