top of page

Sauna Herba De' Aroma

Merupakan sebuah pusat kesihatan dan perusahaan kecantikan untuk menyumbang ke arah kehidupan yang sihat kepada penduduk tempatan di daerah Banting dan juga pelancong tempatan serta pelancong dari luar negara.

Sauna Herba De' Aroma berkonsepkan  Family Spa. Terbuka kepada semua bangsa dan kaum, wanita juga lelaki serta kanak-kanak 13 tahun dan ke atas untuk menikmati perkhidmatan yang kami sediakan dengan harga serendah RM10.00. Semua golongan berhak menikmati layanan kami di sini.

 

Kami mempunyai pelbagai pakej rawatan yang menarik, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Diantaranya mandian wap herba semulajadi (bilik individual), urutan seluruh badan untuk lelaki dan juga wanita, rawatan wajah, pakej mandian daun herba, mandi bunga dan juga body waxing.

 

Pelanggan yang berminat mendapatkan rawatan di sini boleh berkunjung ke Sauna Herba De' Aroma di No. 15, Tingkat 1, Jalan Baiduri 1, Taman Baduri, 42700 Banting, Selangor atau terus hubungi kami:

 

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK SET TEMUJANJI ANDA

012-979 4031

atau terus hubungi terapis kami

012-979 4031 - Ameer Terapis Lelaki

017-684 5322 - Kak Naomi Terapis Wanita

* Sila CALL/SMS/WHATSAPP terlebih dahulu untuk memudahkan urusan 

Waktu Operasi

                    Isnin - Ahad                     

10:00 pagi - 10:00 malam 

​*kami juga beroperasi pada Cuti Umum

_______________________________________________________________________________

 

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa menyokong sejak awal pembukaan Sauna Herba De Aroma pada 15 Jun 2002 (pembukaan cawangan ke-2 di Taman Baiduri) yg dirasmikan oleh Dato' Haji Mohd Sidek Bin Haji Abdullah Kamar(PJK, AMN, ANP, DSSA)...Kami akan senantiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda yang sangat-sangat kami hargai...

 

Kami sangat terharu dan tak sangka kerana selain mendapat sambutan dari pelanggan-pelanggan tempatan di Banting, pelanggan yang datang dari luar daerah dan juga pelancong-pelancong dari dalam & luar negara yg melancong ke Pekan Banting, Selangor juga pernah menikmati rawatan di spa kami (Atas kesibukkan kami, tak sempat plak nak snap gambar sebagai kenangan...)

 

Sauna Herba De' Aroma juga pernah dikunjungi oleh mereka yang popular seperti pelakon Fahrin Ahmad, Adi Putra, Lisdawati, penyanyi wanita berkumpulan yg pernah popular era zaman 1990an, model, pembaca berita RTM & VIP... (agak terharu juga la walaupun Spa kami tidak la popular macam spa-spa besar yg lain, apa pun yang penting adalah servis diberikan adalah yg terbaik & ikhlas dari kami)

 

 

Misi Kami

Kami komited dalam misi kami kepada pelanggan-pelanggan untuk mengekalkan kecemerlangan dalam memperuntukkan perkhidmatan berkualiti tinggi yang berterusan untuk menyumbang dengan cara kecil menjana ekonomi di Bandar Banting dengan menjadi salah satu pusat destinasi perlancongan di kalangan pelancong tempatan dan juga dari luar negara.

 

​Untuk pelanggan tempatan kami, sila datang dan nikmati pengalaman spa badan ala Bali dan perkhidmatan urut tanpa perlu terbang ke Bali sendiri!

Sauna Herba De'Aroma

SEKARANG ANDA TIDAK PERLU TERBANG KE BALI UNTUK MENIKMATI RAWATAN ALA BALI

ANDA BOLEH MERASAINYA SENDIRI DI SAUNA HERBA DE 'AROMA

bottom of page