top of page

KEBAIKAN STEAM WAJAH


Sediakan sekali seminggu utk anda wap muka dgn steamer utk membersihkan liang pori yg tersumbat disebabkan pengunaan kosmetik, debu kotoran dan sel kulit mati.

Mulakan dgn pembersih samada berbentuk krim, buih atau gel. Kemudian steam muka. Sehingga 10-15 minit. Dgn air suam, bersihkan wajah menggunakan span. Gunakan skrub yg sesuai dgn kulit. Utk kulit berminyak, gunakan skrub ekstrak timun. Kulit kering dgn skrub ektrak aloe vera dan kulit biasa menggunakan ektrak madu, collagen atau peach.

Smua ektrak ini memberi efek wangi dan segar.

Gosok perlahan-lahan kulit wajah, biarkan sekejap pada wajah. Jika pori kulit anda besar, berjerawat dan byk blackhead, sambung sekejap dgn steamer.

Bilas dgn air suam. Pasti pori kulit akan lembut dan mengeluarkan kotoran serta mengelakkan tersumbat lg. Jika berani, guna besi mencungkil keluar bintik minyak dan bintik hitam. RENDAM DULU besi ini dlm air panas utk bunuh bakteria.

Anda boleh sambung dgn penggunakan mask. Di pasaran terdapat byk jenis mask. Ada yg disapu terus kpd kulit, menggunakan kertas tisu basah atau serbuk yg perlu dibancuh dgn toner.

Jika anda benar2 prihatin dgn penjagaan kulit wajah, ampoule akan disapu pada kulit selepas mask.

kebaikan ampoule dan cara aplikasi

Utk sesi rawatan, pusat kecantikan atau salon biasanya akan memutarkan bola Kristal yg sejuk utk menutup pori kulit dgn efek yg nyaman. Anda boleh menggunakan kiub ais atau air sejuk. Hasilnya juga sama.

Serum merupakan rawatan akhir utk memberi khasiat pada kulit wajah.


Featured Posts
Recent Posts
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
Follow Us
Search By Tags
bottom of page